

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan memasyhurkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama Universiti al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UniQSAAS).
Majlis pengisytiharan itu disempurnakan di Balai Seri Temenggung, Istana Abdulaziz.
Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta anakanda baginda lain.
Pemasyhuran itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada majlis itu, Zambry menyembahkan warkah pertukaran nama universiti milik penuh kerajaan negeri Pahang berkenaan kepada Al-Sultan Abdullah.
Pada 6 Feb, Al-Sultan Abdullah menzahirkan perkenan UnIPSAS…