Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sultan Perak bimbang sistem media sosial jadi senjata ekstremisme agama

today12 June 2026

Background


Sultan Nazrin Shah, Anwar Ibrahim dan Mohammad Abdul Kareem Al-Issa
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hadir sama Anwar Ibrahim dan Mohammad Abdul Kareem Al-Issa.
KUALA LUMPUR:

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ancaman terbesar terhadap keharmonian masyarakat bukan lagi daripada tokoh agama semata-mata, sebaliknya sistem (algoritma) media sosial dan kandungan kecerdasan buatan (AI) yang menyebarkan fahaman ekstremisme kepada golongan muda.

Baginda bertitah maklumat palsu yang dijana AI kini digunakan untuk mempengaruhi jutaan belia di seluruh dunia dengan naratif kebencian, permusuhan dan perpecahan agama pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Suara itu bukan milik ilmuwan. Bukan milik imam, paderi, rabbi atau sami.

“Ia suara algoritma yang digunakan untuk mengaut keuntungan oleh pihak mengaku menganut agama sama, tetapi pada masa sama menjadikannya senjata,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post