Sultan Sharafuddin bertitah orang Melayu akan mundur dan terpinggir sekiranya hilang kuasa memerintah.

SABAK BERNAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan membuatkan umat Islam terus lemah di negara ini.
Sultan Sharafuddin turut menegaskan, nescaya Melayu akan hilang kuasa memerintah negara malah akan menjadi satu bangsa yang mundur dan terpinggir di negara sendiri.
Baginda bertitah peristiwa yang berlaku di beberapa negara Islam terutamanya di Asia Barat dan sejarah keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka juga boleh diambil iktibar serta tauladan.
“Ini bagi menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan yang hebat juga boleh runtuh akibat perpecahan dan permusuhan dalam…
