Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sultan Selangor harap semangat kasih sayang terus perkukuh perpaduan

today23 December 2025

Background


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin ucap selamat menyambut hari Krismas kepada semua penganut Kristian, khususnya di Selangor. (Gambar Facebook Selangor Royal Office)
SHAH ALAM:

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, mengucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada seluruh penganut agama Kristian, khususnya di Selangor yang meraikannya.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah agar perayaan tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan dan kemakmuran, bersatu padu, serta diiringi kesyukuran bersama keluarga serta masyarakat sekeliling.

“Beta berharap semangat kasih sayang dan saling menghormati yang dizahirkan melalui sambutan Krismas ini, akan terus memperkukuh perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

[VIDEO] Gabungan Dua Negara, Nidji X Bunkface Berjaya Pukau Ribuan Penonton

Viral

[VIDEO] Gabungan Dua Negara, Nidji X Bunkface Berjaya Pukau Ribuan Penonton

Konsert gabungan dua kumpulan besar serantau, Nidji X Bunkface, baru-baru ini telah berjaya menggegarkan ruang Zepp Kuala Lumpur, pada Ahad. Nidji X Bunkface Persembahan bertenaga yang berlangsung selama hampir tiga jam ini bukan sahaja menonjolkan kehebatan vokal kedua-dua kumpulan, malah turut didorong oleh kualiti produksi yang sangat memuaskan. Bukan itu sahaja, penataan cahaya yang dinamik

today23 December 2025