PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan cadangan Universiti Putra Malaysia (UPM) ditukar nama kepada Universiti Pertanian Malaysia.
Sultan Selangor bertitah, cadangan itu tidak dirujuk kepadanya selaku Canselor UPM dan Lembaga Pentadbir universiti terlebih dahulu.
“Baru-baru ini, beta membaca kenyataan Menteri (Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Mohamad Sabu yang mencadangkan untuk menukarkan semula nama Universiti Putra Malaysia kepada Universiti Pertanian Malaysia.
“Di sini, beta menegaskan nama Universiti Putra Malaysia ini hendaklah dikekalkan kerana beta telahpun melancarkan jenama Putra yang membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’,” titah baginda menurut Sinar Harian pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 (Sidang 2) di Serdang.
Baginda bertitah,…