PETALING JAYA: Sultan Selangor menasihatkan pemimpin politik tidak mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu membawa perpecahan masyarakat.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemimpin politik hendaklah memikirkan pendekatan terbaik menyatupadukan rakyat seperti menggunakan platform media sosial bagi bentuk rasa hormat dan persefahaman demi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
“Beta sentiasa mendoakan agar orang Melayu Islam di negeri beta ini dijauhi daripada sifat dan sikap yang tidak baik serta dilarang oleh Islam seperti menipu, mengadu domba, memfitnah, dan juga mencaci.
“Beta tidak mahu sikap-sikap buruk ini terus berleluasa khususnya di media sosial,” titah baginda menurut Bernama pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Damansara Perdana dekat Shah Alam.
Berangkat sama Tengku Permaisuri Selangor…