SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah setiap ahli masyarakat mengetepikan fahaman politik dan perbezaan luaran sempena Tahun Baharu 2023.
Baginda berdua dalam perutusan Tahun Baharu 2023 menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office bertitah supaya usaha itu dilaksanakan dalam mengatasi segala permasalahan dan cabaran sedang didepani oleh negara yang disayangi.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin tidak mahu ada lagi golongan khususnya ahli politik bertelagah sesama sendiri dan mementingkan kepentingan peribadi semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat.
Menurut hantaran itu, di tahun baharu…