
KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah 50% ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) perlu dianggotai golongan profesional yang pakar dalam bidang diperlukan dalam pembangunan bandar, bukannya diisi ahli politik semata-mata.
Baginda bertitah bilangan ahli majlis itu juga perlu menggambarkan komposisi dan populasi kaum di Bandar Klang agar semua kaum dapat diwakili.
“Beta suka mengingatkan kepada ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang, datuk bandar dan juga kakitangan Majlis Bandaraya Diraja Klang agar sentiasa memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
“Jauhilah segala perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri atau pihak tertentu. Tuan-tuan semua kena turun padang mendekatkan diri dan melihat sendiri masalah rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka,” titah baginda pada Majlis…