Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sumbang mahram, seks luar tabii dengan anak tiri, peniaga warung dipenjara 15 tahun

today5 January 2023

Background



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dan warung dalam tempoh dua tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang peniaga warung dihukum penjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan seks luar tabii terhadap anak tirinya sejak dua tahun lepas.

Hakim Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 29 Disember lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan sumbang mahram dan penjara lima tahun serta satu sebatan bagi kesalahan seks luar tabii. Semua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak, menurut laporan Bernama.

Tertuduh didakwa atas tiga tuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tirinya ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jempol, kira-kira jam 8 malam dan 2…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post