Dengan catatan masa 51.8s, Shereen Samson Vallabouy turut mengatasi rekod semasa Sukan SEA, iaitu 51.83s.

PETALING JAYA: Pelari pecut Shereen Samson Vallabouy yang berpangkalan di Amerika Syarikat mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan masa 51.8s dalam acara 400m wanita semalam, memecahkan rekod yang dicatat 30 tahun lepas.
Atlet berusia 25 tahun itu, yang bertanding di St Mac Relays di Kolej Mt San Antonio, California, mengatasi rekod Rabia Salam, iaitu 52.56s pada 1993.
Berlari untuk Winona State University, gadis poster olahraga Malaysia itu mempamerkan prestasi hangat dengan menamatkan saringan di tempat pertama, menewaskan beberapa pelari divisyen satu.
Beliau menduduki tempat kelima keseluruhan menjelang pusingan akhir esok, dengan pelari teratas dalam saringan mencatat masa 50.79s.
Masa yang dicatatkan oleh Shereen juga mengatasi rekod…
