
KUCHING: Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan sebaiknya.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memberi jaminan itu berkata, Sultan Abdullah masih terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara selama 11 hari itu.
“Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di sini, malam ini.
Rombongan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan…