Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Selama membesar di Malaysia, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita dongeng. Buat generasi yang lahir tahun 90-an dan berada di zaman antara ada internet dan tiada internet, cerita-cerita mistik sudah sebati mengekori kita selama kita membesar. Dari kisah anak derhaka yang disumpah menjadi ikan pari sehinggalah kisah sejadah di masjid yang duduk diantara dua sujud.
Terbaharu, kisah Neil Armstrong – manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan – masuk Islam selepas mendengar azan di Bulan juga pernah menghangatkan zaman remaja anak-anak 90-an. Namun kebenaran kisah ini rupanya sudah dijawab lama oleh tuan badan sendiri iaitu Amstrong dalam satu surat kepada Wahiduddin Khan, Presiden Islamic Centre yang bertapak di Delhi.
Dalam surat tersebut, Armstrong memberitahu Wahiduddin bahawa gosip yang menyatakan bahawa beliau menganut agama Islam selepas mendengar azan di Bulan dan Cairo, Egypt…