
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes surat tawaran kerja palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof ditahan semalam, di pondok pengawal sebuah premis kerajaan di Samarahan, Sarawak.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 12.45 tengah hari, serta merampas dua unit telefon bimbit daripadanya.
Tangkapan dibuat berikutan laporan polis oleh seorang lelaki pada 15 Oktober lepas, mendakwa menerima surat tawaran kerja daripada lelaki terbabit yang mendakwa sebagai pegawai setiausaha pejabat di pejabat TPM.
“Siasatan awal mendapati pengadu mengenali suspek pada Julai lepas dan mendakwa dia (suspek) adalah pengiring rapat kepada TPM II.
“Disebabkan yakin dan percaya, pengadu menyerahkan dokumen peribadi sebelum…