Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Surat untuk ‘Uncle Anwar’, PM azam selesai masalah tandas sekolah

today15 October 2023

Background


Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyelesaikan masalah tandas sekolah untuk keselesaan murid. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Menerusi catatan di Facebook, beliau mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau menceritakan keadaan tandas di sekolahnya.

“Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” kata perdana menteri.

Seorang murid berusia sembilan tahun dikenali Maryam menulis surat kepada Anwar Ibrahim mengenai keadaan tandas di sekolahnya.

Dalam hantaran itu Anwar turut berkongsi surat Maryam yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan merujuk beliau sebagai Uncle Anwar.

Perdana menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post