
PUTRAJAYA: Seorang suri rumah yang telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, hari ini berjaya dalam rayuan terakhirnya terhadap tuduhan pemerdagangan manusia melibatkan pembantu rumah warga Indonesia, empat tahun lalu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Kamaludin Md Said ketika membebaskan Lim Li Li berkata, pendakwaan gagal membuktikan elemen tuduhan terhadap wanita itu.
“Sabitan itu tidak selamat,” kata Kamaludin yang bersidang bersama Che Ruzima Mohd Ghazali dan Nordin Hassan.
Peguam A Srimurugan sebelum itu berhujah bahawa kesalahan itu tidak merangkumi pemerdagangan manusia hanya kerana pembantu rumah itu dianiaya, malah “niat melakukan pemerdagangan adalah intipati penting bagi tuduhan itu.”
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid bagaimanapun menggesa mahkamah mengekalkan sabitan berkenaan, yang telah disahkan…