Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suri rumah menyamar pegawai Imigresen ditahan

today30 September 2026

Background


Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini-
Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini (dua dari kiri) tunjuk barangan dirampas daripada seorang wanita disyaki menyamar sebagai pegawai kanan Imigresen, pada sidang media di Pejabat Imigresen Melaka hari ini. (Gambar Bernama)
MELAKA:

Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang wanita tempatan yang disyaki menyamar sebagai pegawai kanan Imigresen dan menjadi dalang menguruskan permohonan pas kerja bagi warga asing yang ingin mendapatkan permit bekerja di negara ini.

Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, suri rumah berusia 50an itu ditahan dalam serbuan Op Serkap di sebuah kafe di Taman Malim Jaya kira-kira 6 petang semalam.

Anirwan Fauzee berkata, susulan tangkapan itu, serbuan turut dilakukan di sebuah kondominium di Kota Laksamana dan pelbagai barangan disyaki milik suspek dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau berkata, antara barangan dirampas sepasang pakaian seragam hitam beserta aksesori, sepasang tanda pangkat pegawai kanan Imigresen,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post