
MELAKA:
Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang wanita tempatan yang disyaki menyamar sebagai pegawai kanan Imigresen dan menjadi dalang menguruskan permohonan pas kerja bagi warga asing yang ingin mendapatkan permit bekerja di negara ini.
Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, suri rumah berusia 50an itu ditahan dalam serbuan Op Serkap di sebuah kafe di Taman Malim Jaya kira-kira 6 petang semalam.
Anirwan Fauzee berkata, susulan tangkapan itu, serbuan turut dilakukan di sebuah kondominium di Kota Laksamana dan pelbagai barangan disyaki milik suspek dirampas bagi membantu siasatan lanjut.
Beliau berkata, antara barangan dirampas sepasang pakaian seragam hitam beserta aksesori, sepasang tanda pangkat pegawai kanan Imigresen,…