Hot FM

Suruhanjaya undang-undang jamin perundangan terkedepan, kata hakim bersara



Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, berkata undang-undang jenayah dan sivil memerlukan rombakan penuh.

PETALING JAYA: Malaysia akan mempunyai perundangan yang terkedepan sekiranya suruhanjaya undang-undang ditubuhkan, kata hakim bersara.

Gopal Sri Ram berkata, suruhanjaya seumpama itu boleh mencadangkan pindaan dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan, mengubah undang-undang sedia ada dan memperkenalkan peruntukan baharu sejajar perubahan masa.

“Undang-undang jenayah dan sivil memerlukan rombakan penuh dan suruhanjaya yang dinamik diperlukan bagi melaksanakan tugasan berat itu,” katanya kepada FMT.

Sri Ram berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said, yang menyatakan akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai penubuhan suruhanjaya undang-undang bebas daripada Jabatan Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara itu, berkata suruhanjaya boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version