
KUALA LUMPUR:
Survival pendidikan Melayu dan Bumiputera pada masa depan tidak seharusnya masih bergantung kepada kuota, sebaliknya perlu beralih kepada pembinaan keupayaan untuk melahirkan pencipta ilmu, pemilik teknologi dan peneraju ekonomi.
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata ukuran kejayaan pendidikan bukan lagi sekadar jumlah anak Melayu dan Bumiputera yang memasuki universiti, tetapi sejauh mana mereka mampu menguasai STEM, mencipta teknologi, memiliki harta intelek serta membina syarikat bertaraf global.
“Untuk mencapainya, kita perlu bergerak daripada akses kepada kualiti, daripada kelayakan kepada kompetensi, daripada pekerjaan kepada keusahawanan dan daripada penggunaan teknologi kepada pemilikan teknologi,” katanya…