
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu bertanding di PRK Kemaman walaupun peluangnya tampak sukar, namun boleh ‘berbangga’ jika mampu mengurangkan majoriti besar Perikatan Nasional (PN) pada PRU15, kata penganalisis politik.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata dalam suasana politik yang dinamik, BN perlu tampil dengan strategi baharu walaupun keputusan PRN Ogos lalu menyaksikan penguasaan PAS yang menang kesemua kerusi DUN termasuk di Kemaman.
“Sasarannya untuk menang tapi kali ini kalau tak mereka boleh beri tamparan (kepada PAS) melalui anjakan sokongan pengundi kembali kepada BN, itu boleh dibanggakan,” katanya kepada FMT.
Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata parti itu kini lebih berhati-hati untuk bertanding PRK Parlimen Kemaman dan mengakui fikirannya…
