Polis sedang mencari ahli perniagaan dengan gelaran “Dato Sri” yang didakwa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan jenayah komersial, lapor New Straits Times.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, alamat terakhir Dato Sri Nicky Liow Soon Hee yang berusia 33 tahun adalah Unit 1009, Trigon Residence, Puchong, Selangor.
Pengasas kepada Winner Dynasty Group ini dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan kerana…