Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek bakar isteri direman 6 hari

today4 August 2023

Background


Lelaki yang disyaki membakar isterinya dalam kejadian Isnin lalu direman enam hari bermula hari ini hingga 9 Ogos, kata polis.

PETALING JAYA: Pekerja ladang yang disyaki membakar isterinya hingga parah direman enam hari hingga 9 Ogos ini.

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Asri Shafie, berkata permohonan reman tersebut diperolehi daripada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes bakar isteri dibenarkan reman selama enam hari sehingga 9 Ogos ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita melecur 27% pada anggota badan selepas suaminya didakwa menyimbah petrol lalu membakar mangsa yang berusia 35 tahun.

Kejadian kira-kira 9.30 malam Isnin lalu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham membabitkan keluarga.

Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek berusia 36 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sepasukan anggota polis tengah hari semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post