Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek bunuh penganggur bawah pengawasan polis direman seminggu

today1 January 2023

Background



Suspek berusia 27 tahun ditahan di Chemor, semalam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki direman hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penganggur berstatus orang pengawasan polis di Taman Klebang Putra, Chemor, Perak Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Mahkamah Majistret Ipoh terhadap lelaki berusia 27 tahun itu.

“Permohonan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Bernama.

Lelaki itu ditahan di Chemor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.28 malam Jumaat lalu, mangsa ditemui mati di depan rumahnya, dengan kesan kecederaan ditemui pada beberapa anggota badannya.

Polis pada awalnya tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 37 tahun itu adalah mangsa kemalangan, namun hasil bedah siasat mengesahkan kematiannya disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul dan kes diklasifikasikan sebagai kes…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post