Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek bunuh, tanam mayat direman 7 hari

today5 February 2023

Background



Pasukan forensik menemui mayat dibalut plastik hitam di belakang sebuah banglo di Subang Jaya semalam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasihnya di belakang sebuah banglo di Subang Jaya pada Mei tahun lepas direman tujuh hari, menurut polis.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan semalam, bersama kekasihnya yang juga isteri mangsa, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat.

Katanya, pasangan kekasih itu pada mulanya ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport dan kemudian ditahan semula selepas lelaki tersebut mengaku terbabit dalam pembunuhan.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 11 Feb untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia yang turut ditahan sebelum ini disambung reman dua hari lagi bermula hari ini.

Wan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Cheong Min mahu bawa pulang sesuatu

Kuala Lumpur: Atlet wushu negara, Tan Cheong Min bersedia menyahut cabaran membawa pulang ‘sesuatu’ untuk negara apabila dia disenaraikan kali pertama untuk beraksi di temasya Sukan Sea Kemboja Mei depan.

today5 February 2023