
PETALING JAYA: Polis Perlis meningkatkan pemantauan di “laluan tikus” sempadan negeri itu demi memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lolos ke negara jiran.
Ketua Polis Perlis, Muhammad Abdul Halim, berkata koordinasi anggota digerakkan, terutama di kawasan sempadan sebagai respons kepada arahan Bukit Aman.
Setakat ini, katanya, tiada kelibat individu mencurigakan dikesan di Perlis.
“Kita turut menambah elemen kawalan, termasuk risikan kita di sempadan bagi memastikan suspek tidak terlepas ke negara jiran,” katanya menurut Berita Harian.
Seorang pengawal peribadi parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek…