
PETALING JAYA: Salah seorang suspek kes culik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Klang pada 8 Okt lalu, mahu menjual mangsa kepada sindiket pelacuran di Kuala Lumpur.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan kepada pemberita, berhubung penahanan enam suspek dalam kes itu.
“Cubaan itu gagal selepas suspek melihat hebahan polis mengenai kehilangan mangsa,” katanya lapor Sinar Harian.
Mereka yang ditahan berusia lingkungan 13 hingga 23 tahun, termasuk dua wanita yang mana salah seorangnya dikenali mangsa.
Polis sedang memburu dua suspek yang dipercayai terlibat sindiket pelacuran, kata Hussein.
Ibu mangsa melaporkan kehilangan kanak-kanak perempuan itu pada 8 Okt lalu. Rakaman CCTV mendapati mangsa menaiki sebuah kereta.
Hussein memberitahu pemberita…