Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek kes pecah skrin ATM ditahan

today18 February 2026

Background


pecahkan mesin atm
Ketua Polis Sentul, Basri Sagoni, umum penahanan seorang warga emas dalam siasatan kes pecah skrin mesin ATM di Jinjang.
KUALA LUMPUR:

Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang.

Ketua Polis Sentul, Basri Sagoni, berkata suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan pada 3.21 petang tadi.

Polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan objek batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM,” menurut kenyataan.

Beliau berkata dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.

Siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Szoboszlai calon kapten Liverpool

London: Kapten Virgil van Dijk memberi bayangan Dominik Szoboszlai berpotensi menggantikannya sebagai kapten Liverpool selepas menyifatkan pemain tengah itu mampu menjadi ‘pemimpin untuk pasukan berkenaan’.

today18 February 2026