
PETALING JAYA: Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang ditahan di Kota Bharu, Kelantan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Terdahulu, suspek berusia 38 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 8.30 pagi tadi, lapor Berita Harian.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan suspek yang terbabit dalam kejadian tembakan itu ditahan kira-kira 3 petang, di satu lokasi di Kota Bharu.
Dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi Isnin lalu, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek.
Siasatan lanjut polis mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan…