Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek maut dalam pergaduhan di Shah Alam, 1 ditahan

today25 August 2026

Background


Keadaan lelaki lain yang terlibat dalam kejadian itu masih belum diketahui.
PETALING JAYA:

Polis menahan seorang lelaki selepas pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Taman Alam Megah, Shah Alam petang tadi mengakibatkan seorang lagi suspek maut.

Ketua Polis Shah Alam Sarudin Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang melibatkan sekumpulan lelaki, dengan insiden tetakan turut berlaku ketika pergaduhan itu.

“Sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna biru telah melanggar salah seorang daripada suspek sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, seorang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali,” katanya.

Sarudin meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat, Shamsiah Noor Zakaria, atau balai polis berhampiran.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Scholes hentam prestasi Fernandes

London: Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mengkritik kenyataan Bruno Fernandes selepas perlawanan susulan kekalahan pasukan itu kepada Hull pada aksi pembukaan musim.

today25 August 2026