

Polis percaya lelaki yang memukul isteri sehingga keguguran baru-baru ini menggunakan modus operandi dengan menyasarkan penjawat awam untuk dijadikan isteri bagi menyara hidupnya.
Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata siasatan mendapati suspek berusia 43 tahun itu telah berkahwin sebanyak sembilan kali dan semua isteri serta bekas isteri bekerja sebagai penjawat awam.
“Suspek difahamkan masih mempunyai tiga isteri dan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali. Suspek mencari pasangan yang mempunyai kerja tetap kerana dia tidak mempunyai kerja yang stabil.
“Apa yang boleh kami katakan, suspek ini seorang yang panas baran kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau yang melibatkan Seksyen 325, Seksyen 323, Seksyen 318 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di IPK Kedah.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: