Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek samun maut dilanggar mangsa

today19 March 2024

Background


Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata suspek samun itu maut selepas dilanggar kereta yang ingin disamunnya dalam kejadian di Kuala Kedah pagi tadi. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut ketika cuba menyamun sebuah kereta di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah pagi tadi.

Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata dalam kejadian 6.39 pagi itu, tiga lelaki yang menaiki dua motosikal dipercayai cuba melakukan samun terhadap sebuah kereta apabila seorang daripada mereka memukul cermin kereta di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.