Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek tembak Setia Alam lakukan 5 lagi jenayah sebelum ditembak mati, kata polis

today18 February 2025

Background


mayat suspek
Angota polis mengusung mayat seorang lelaki yang disyaki suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam. (Gambar Bernama)

KLANG: Suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam dipercayai terlibat dalam lima lagi jenayah sebelum lelaki itu ditembak mati di Pulau Ketam pada awal pagi tadi, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Hussein berkata suspek berusia pertengahan 30an yang dikenali sebagai ‘Ah Boy’ itu terbabit dalam kes peras ugut, samun, pecah rumah dan juga mencuri sebuah motosikal selepas kejadian tembakan itu.

“Suspek bergerak ke Melaka, Banting, dan Sabak Bernam, sebelum bermalam di sebuah hotel di Pulau Ketam.

“Suspek dipercayai melakukan 15 jenayah. Sembilan sebelum kes tembakan di Setia City Mall dan lima selepas kejadian itu,” katanya dalam satu sidang media di jeti Pulau Ketam.

Katanya, mayat suspek dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat.

Hussein berkata identiti suspek dan jenayah yang dilakukannya akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Narmatha Raja


Previous post