Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Susulan Pemuda Kacak Tawar Diri Jadi Suami Puteri Sarah, Caprice Anggap Ia Tindakan Biadap – “Dia Masih Isteri Orang”

today16 January 2023

Background

Beberapa hari lalu, tular sebuah video di TikTok seorang pemuda kacak yang dikenali sebagai @arifizo tampil menawarkan dirinya untuk menjadi suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, selepas konflik rumah tangganya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof seakan-akan menemui titik nokhtanya.

Menerusi video tersebut, Arif Izo kelihatan menggunakan foto Syamsul sebelum memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami kepada aktres berkenaan.

Malah, menerusi kapsyen pada video tersebut, Arif juga dilihat berjanji akan membahagiakan Puteri Sarah.

“Salam Sol… kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ini sedih,” katanya.

Setakat ini, perkongsian tersebut telahpun di tonton lebih 3 juta tontonan dan menerima lebih 200,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut turut mendapat perhatian aktivis kemanusian dan penyanyi rap, Caprice.

Menurut Caprice, tindakan individu tersebut disifatkan sebagai tidak beradab memandangkan ketika video tersebut dimuat naik, Puteri Sarah masih berstatus isteri orang.

“Bagi Caprice ini agak biadap! Korang tak belajar ke apa? Dia masih isteri orang,” tulisnya.

Caprice berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories (IGS) miliknya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Written by: Aqilah


Previous post