Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sweet Bersemut Ucapan Alyah Sempena Birthday Ramli MS! – “I Sayang You, Honey”

today20 November 2022

Background

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Alyah memuat naik momen bersama Tok Ram sepanjang perkahwinannya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Susulan video itu, Alyah sempat menulis ucapan ulang tahun yang penuh bermakna di ruangan kapsyen buat suaminya.

“Happy birthday, semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T dunia dan akhirat.

“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah S.W.T. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.

“Allah masih berikan aku bersama kamu untuk ketahui bahawa aku juga manusia bila masa sahaja boleh melakukan kekhilafan. Allah maha hebat diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku, I sayang you nie (honey),” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata wargamaya mengucapkan selamat ulang tahun buat Tok Ram dan mendoakan agar dirinya diberi kesihatan yang berpanjangan.

“Happy birthday Tok Ram, bersemut screen. Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat.” tulis seorang warganet.

Written by: Salma


Previous post