Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sweet Je Mamu! Sharnaaz Ahmad Hantar Air Kopi Ke Rumah Amelia Christie, Netizen Puji Couple Serasi

today15 November 2023

Background

Selebriti sensasi, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas tular sebuah video romantis bersama kekasih hatinya, Amelia Christie.

Menerusi perkongsian di TikTok, Amelia memuat naik video Sharnaaz menghantar minuman kopi secara drive-thru kepadanya.

Di cawan kopi tersebut, Sharnaaz menulis nama panggilannya, β€˜Mamu’ berserta simbol hati.

Sharnaaz Ahmad

β€œDelivery sampai ke rumah ni.. bukan pick-up, bukan drive-thru… ini I drive to you..,” ujar Sharnaaz mengusik cinta hatinya itu.

Amelia dilihat terharu atas perbuatan manis aktor filem The Original Gangster itu serta itu mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz.

β€œYa Allah, rajinnya dia hantar sampai ke rumah.. thank you awak,” katanya manis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik pasangan sejoli ini terlalu romantis serta berharap agar mereka dapat menghormati golongan β€˜single’.

Sebelum ini, Sharnaaz menjawab persoalan mengenai perancangan kahwin bersama Amelia, jelasnya dia tidak mahu terlalu memaksa keadaan dan ingin memberi ruang kepada kekasihnya untuk berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Terdahulu, Sharnaaz secara terbuka memperkenalkan Amelia dalam kehidupannya ketika menghadiri tayangan media filem Polis Evo 3.

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – β€œMasih Mengenal Hati Budi…”

Artikel Berkaitan:Β Mahu Amelia Christie Berjaya Dalam Bisnes, Sharnaaz Tak Rancang Nak Berkahwin Lagi… Syukur Jebat Serasi Dengan Kekasih – β€œTak Nak Berjanji Takut Menyakitkan”

Artikel Berkaitan:Β Didakwa β€˜Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

Written by: Aqilah


Previous post