Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sweet Qismina Bakal Kahwin Dengan Adam Lee Oktober Ini

today21 September 2022

Background

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada October ini.

Namun, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis akad nikahnya itu memandangkan sebelum ini dia sudah memaklumkan hanya mengikat tali pertunangan selama satu tahun sahaja.

“Saya sudah beritahu ketika kami bertunang, tahun lalu. Kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Jadi, kami harap orang akan faham bila kami akan berkahwin. Tetapi, saya faham mungkin ramai sudah lupa sebab dalam masa setahun macam-macam boleh berlaku.

“Apa yang boleh dikongsikan, kami akan berkahwin apabila pertunangan cukup tempoh setahun,” katanya.

Sementara itu, Sweet menjelaskan, beliau tiada niat untuk merahsiakan perihal perkahwinannya kerana, dia tidak mahu ada pihak yang menganggap ia sebagai strategi pemasaran dan sebagainya.

Malah, dia dan Adam mengambil keputusan untuk mengumumkan mengenai perkara tersebut beberapa minggu sebelum hari bahagia mereka.

“Kalau boleh saya dan Adam tidak mahu terlalu menghebahkan. Nanti ada yang kata ia adalah strategi pemasaran atau seumpamanya. Jika boleh memang tak nak ada unsur sebegitu.

“Bila sudah dekat dengan hari bahagia, kami akan beritahu. Mungkin dalam sebulan atau beberapa minggu sebelum itu, kami akan umumkan dalam media sosial,” jelasnya.

Menyifatkan Adam sebagai seorang yang sangat memahami, Sweet mengakui sepanjang pertunangan ini dia turut mengalami ujian sepertimana pasangan lain.

“Banyak dalam fikiran saya. Alhamdulillah, kami berjaya atasi banyak dugaan. Mujurlah Adam juga bekerja dalam satu industri, jadi masing-masing memahami,” katanya.

 

Sumber: BH

Written by: Salma