Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sweet! Sufian Suhaimi Kongsi Foto Bekas Tunang

today16 January 2025

Background

Meskipun sudah memutuskan hubungan pertunangan tahun lalu, penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Hantaran yang memperlihatkan Rania mengenakan tudung dan baju berwarna krim itu turut disertai dengan kaspyen ‘manis’ yang ditulis penyanyi berkenaan.

“Masya-Allah sayangku,” tulisnya pada kaspyen foto tersebut.

Terdahulu, hajat pelantun lagu Di Matamu itu untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Rania Al Sadat terlerai.

Menurut Sufian, 32, cincin risik kedua belah pihak sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan tahun lalu, selain menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik sehingga hari ini.

Bahkan, Sufian  tidak menolak bahawa perpisahan berlaku disebabkan tidak sehaluan selepas membincangkan banyak perkara termasuk perihal kehidupan.

“Ini adalah keputusan bersama, tiada sebarang pergaduhan mahupun sebab orang ketiga,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post