Penyanyi, Adira Suhaimi, 32, dilihat membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Red.
Menerusi perkongsian video di Instagram milik penyanyi itu, Adira mengunjungi kediaman Datin Red dengan membawa jambangan bunga beserta kek sempena hari lahir madunya.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ombak Rindu itu tidak ketinggalan memberikan hadiah berupa gelang tangan berjenama antarabangsa popular, Swarovski.
“Selamat hariulang tahun kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah datang sehari awal, sebab esok takut tak sempat singgah,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Datin Red menerusi hantaran di Instagramnya juga menzahirkan rasa terima kasih atas segala kebaikkan yang diberikan oleh Adira terhadapnya selama ini.
“Speechless, tiba-tiba kata nak datang rumah.. tiba-tiba kata on the way, sebenarnya harini aku burnout giler.. tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik-baik.
“Terima kasih sudah bersabar menjadi adik ku. Maafkan lah kakak mu ini yang banyak kekurangan @adira.suhaimi terima kasih tak tahu nak balas macam mana kebaikan awak ,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah, keakraban yang terjalin diantara kedua-duanya menyentuh hati ramai pihak.
Bahkan, Datin Red kelihatan sempat mengalirkan air mata atas kehadiran penyanyi itu pada hari ulang tahunnya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Adira melangsungkan perkahwinan bersama Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata selain, lima lagi cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Datin Red.