

Penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine atau syabu, dan ketum kini dikesan menjadi trend baharu serta pilihan utama dalam kalangan pemandu termasuk kenderaan perdagangan sejak lima tahun kebelakangan ini, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ruslin Jusoh berkata hal ini berikutan penggunaan bahan berkenaan dipercayai bertujuan mengekalkan tenaga ketika bekerja, terutama bagi tempoh yang panjang.
Beliau berkata perkara itu turut dibuktikan menerusi ops bersepadu dadah terhadap kenderaan perdagangan di seluruh negara semalam, apabila 244 pemandu disaring dengan 22 daripadanya berusia lingkungan 21 hingga 61 tahun ditahan membabitkan 14 positif syabu, enam (ketum) dan dua (ganja).
“Kebanyakan…