Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syamel Kembali Dengan Single Romantis

today1 November 2022

Background

Penyanyi SyamelΒ kembali dengan single romantis terbaharu berjudul β€˜Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma.

Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama Yuka.

β€œIdea di sebalik pembikinan lagu hadir dari cetusan rasa bahagia dengan adanya peneman hidup dan zuriat dalam hidup saya. Jikalau pendengar sedar, kebanyakkan lagu-lagu saya terdahulu semuanya bernada sedih dan sangat melankolik dan Bahagia Milik Kita merupakan lagu pertama saya yang mempunyai unsur cinta serta kasih sayang.

β€œMaksud lagu ini pula mengenai pasangan kekasih yang sudah lama berkenalan dan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia yang merupakan kemuncak dalam perhubungan mereka iaitu alam perkahwinan. Kini, mereka telah pun bersatu kerana segala yang ingin dicapai ada di dalam genggaman, jadi berpeganglah pada janji agar apa yang dimiliki kekal sampai bila-bila,” katanya.

Menurut bapa kepada puteri comel, Nur Khawla Soleha ini, dia bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata.

β€œAlhamdulillah ke atas Ilahi kerana dikurniakan anak, sebagai bapa, tanggungjawab saya bertambah, dan perubahan yang paling ketara adalah dalam apa jua perancangan yang dilakukan pasti melibatkan Khawla, justeru saya senang membahagiakan anak serta isteri.

β€œLagu terbaharu ini bersama-sama lagu lain yang bakal dimuatkan dalam album nanti dicipta ketika Ernie masih lagi dalam tempoh berpantang, bayangkanlah ketika itu saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan kebanyakan demo dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan sehinggalah Yuka yang menemukan lagu Bahagia Milik KitaΒ ini,” kongsi Syamel lagi.

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan dan telah dilancarkan dengan konsep yang minimalis ibarat sebuah lirik video yang memaparkan emosi kegembiraan yang terpancar di wajah Syamel.

 

Written by: Salma