Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syamsul Yusof Kecewa Dengan Finas

today11 August 2022

Background

Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, meluahkan rasa terkilan dengan isu cetak rompak digital yang dipandang sepi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Memetik laporan BH Online, dia sudah kemukakan isu tersebut ke FINAS namun tidak dipanggil untuk berbincang sehingga sekarang.

β€œBadan sepatutnya diharapkan kerajaan dan pengkarya filem ini mungkin tidak proaktif.

β€œSehingga hari ini, FINAS tidak panggil saya untuk berbincang mengenai isu industri. Bukan bermaksud memanggil saya sahaja, malah semua penggiat dan duduk semeja berbincang.

β€œSalah satu isu besar yang sudah berbelas tahun belum diselesaikan adalah cetak rompak digital. Undang-undang harus dipinda atau digubal untuk membendung jenayah ini,” katanya.

Menurut Syamsul, dia menyuarakan perkara itu bukan untuk kepentingan sendiri tetapi filem untuk filem yang mahu diterbitkan pada masa depan.

β€œCetak rompak digital amat serius. Bukan saja filem yang dicetak rompak, malah rancangan televisyen juga menerima kesan sehingga ada stesen penyiar hampir ditutup,” ujarnya.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau ini meluahkan rasa kecewa terhadap FINAS yang didakwa tidak memperjuangkan masalah cetak rompak sehinggakan hak cipta filem tempatan β€˜bocor’ dalam media sosial awal bulan lalu.

Sumber: BH Online

Written by: Aqilah


Previous post