Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syamsul Yusof Mohon Jadi Pencelah Antara Puteri Sarah & Ira Kazar

today25 February 2023

Background

Pengarah Syamsul Yusof akhirnya tampil memfailkan permohonan untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, dan isteri keduanya, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27, di Mahkamah pada Jumaat.

Memetik laporan Harian Metro, permohonan tersebut difailkan pada 21 Januari lalu oleh wakil pengarah Mat Kilau itu iaitu, peguam Azahir Nasir dari Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, dalam afidavit sokongan tersebut mendakwa, dia dinasihatkan peguamnya supaya mencelah dan dijadikan defendan  dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar.

Ini kerana, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira adalah berkaitan dengan dirinya dan sekiranya  tuntutan tersebut dibenarkan, ia akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga isteri keduanya itu.

Tidak habis disitu,  Syamsul mendakwa perintah injunksi yang dikemukakan Puteri Sarah tidak boleh menghalang hubungan perkahwinannya dengan Ira Kazar.

Bahkan, Syamsul juga mendakwa permohonan itu perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injunksi itu daripada dikuatkuasakan berikutan dia dan Ira sudah berkahwin serta mahu menjaga keharmonian perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya itu.

Sebelum ini, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya diarahkan untuk menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Ia susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah pada 15 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Mahkamah Benarkan Prosiding Menghina Mahkamah Terhadap Ira Kazar, Ini Respons Puteri Sarah…

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Dibenarkan Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bekas Peguam Ini Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah – “Knowledge Is Power & She Has It”

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Taktikal tidak menjadi punca tewas – Steinbruckner

Johor Bahru: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomeslav Steinbruckner menegaskan kegagalan barisan pemain pasukan itu menterjemahkan taktikal yang dirancang menjadi punca mereka tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

today25 February 2023