Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syarat nombor pengenalan cukai takkan sebabkan kelewatan, jamin Puspakom

today24 July 2024

Background


Puspakom berkata, pelanggan hanya perlu mengemas kini butiran TIN di MyPuspakom sekali. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Puspakom menjamin syarat baharu menghendaki pelanggan memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) mulai esok tidak akan menyebabkan kelewatan proses atau barisan lebih panjang di pusat pemeriksaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata, keperluan TIN disyaratkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai sebahagian daripada sistem e-invois yang akan bermula pada 1 Ogos.

Katanya, Puspakom telah menyepadukan proses pemberian nombor berkenaan dalam laman sesawangnya, MyPuspakom, untuk pelanggan yang membuat tempahan slot pemeriksaan kenderaan dalam talian.

“Pelanggan hanya perlu mengemas kini butiran TIN di MyPuspakom sekali, dan tempahan akan datang akan sama seperti sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

“Pelaksanaan awal ini juga akan membolehkan kami menangani sebarang gangguan yang mungkin berlaku. Kami komited menyokong pelanggan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post