Hot FM

Syarikat air Johor digesa selesai isu gangguan bekalan


Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata gangguan bekalan air tetap berlaku walaupun Ranhill SAJ memberikan komitmen tiada isu gangguan dan catuan bekalan air berlaku ketika musim perayaan.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri di negeri itu.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata operator bekalan air di Johor itu perlu mengambil tindakan proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri menzahirkan rasa kesal di atas aduan gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

“Gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun ini pastinya telah menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat bangsa Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Beliau berkata pihak pengurusan tertinggi Ranhill SAJ sebelum ini telah memberikan komitmen bagi memastikan tiada isu gangguan dan catuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version