Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan

today23 March 2024

Background


Seorang individu dalam dipanggil untuk beri keterangan dalam kes bagasi berisi duit yang ditemui di sebuah tempat letak kenderaan, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis belum mengambil keterangan sebuah syarikat teknologi maklumat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat terbabit yang mendakwa wang tersebut milik syarikatnya dan merupakan duit perniagaan.