
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa diberitahu bahawa syarikat kontraktor Nepturis Sdn Bhd telah memperolehi penarafan empat bintang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Penolong jurutera CIDB Siti Nooraishah Zainal Abidin, 36, berkata satu surat atas nama Nepturis Sdn Bhd dikeluarkan daripada Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (CIMS) CIDB selepas syarikat berkenaan membuat permohonan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE).
“Sistem CIMS akan mengeluarkan nombor rujukan permohonan bagi proses permohonan SCORE. Hasil semakan semula terhadap dokumen yang telah dimuat naik syarikat Nepturis mendapati syarikat berkenaan telah memperolehi penarafan empat bintang.
“Saya sahkan pernah melihat surat SCORE CIDB atas nama Nepturis Sdn Bhd…