
GEORGE TOWN: Pakar pengangkutan menyambut baik susulan kebenaran yang diberikan untuk dua syarikat penerbangan beroperasi di Malaysia.
Menurut mereka, ini akan melancarkan lagi perjalanan dan menurunkan kadar tambang.
Baru-baru ini, pihak kawal selia penerbangan memberi lesen perkhidmatan udara bersyarat kepada SKS Airways Sdn Bhd, anak syarikat SKS Group dan MYAirline yang dikendalikan oleh Z9 Elite Sdn Bhd.
Perunding pengangkutan Goh Bok Yen berkata syarikat penerbangan baharu akan menggalakkan persaingan secara sihat dan menguji keupayaan Malaysia Airlines untuk bertahan dalam pasaran terbuka.

“Kehadiran syarikat penerbangan baharu adalah tepat pada masanya kerana kita sedang pulih daripada pandemik,” katanya.
“Rantau ini sedang dibuka. Ini adalah masa untuk memanfaatkan ledakan…