Aziz Kaprawi berkata, syarikat penerbangan itu boleh membantu Sabah pulih daripada kerugian ketika pandemik.

PETALING JAYA: Memiliki syarikat penerbangan sendiri boleh membantu meningkatkan industri pelancongan Sabah, khasnya dalam mewujudkan ketersambungan lebih baik dengan China dan Taiwan, kata seorang bekas timbalan menteri pengangkutan.
Aziz Kaprawi berkata, jumlah ketibaan pelancong dari China, yang merangkumi separuh daripada jumlah pelancong antara 2017 hingga 2019, ke Sabah turun secara mendadak akibat pandemik Covid-19.
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah, 43.4% pelancong antara 2017 hingga 2019, atau hampir 600,000 ketibaan, datang dari China, tetapi jumlah itu merosot kepada 6.3% pada Jun 2022.
“Memiliki syarikat penerbangan sendiri akan membolehkan Sabah membawa lebih ramai pelancong dari China dengan penerbangan terus ke negeri itu,” Aziz beritahu…