

Syarikat Perancis, Carester memaklumkan rancangan membina loji pengasingan nadir bumi di Perak, menerusi usaha sama (JV) selama 10 tahun dengan Malaco Mining Sdn Bhd (Malaco).
Ketua Pegawai Eksekutif Frederic Carencotte, berkata kerjasama itu yang kali pertama diumumkan pada Januari, akan merangkumi pemindahan teknologi mengenai nadir bumi daripada Carester kepada Malaco.
“Malaysia mempunyai simpanan nadir bumi. Ini adalah perkongsian situasi yang saling menguntungkan.
“Kami (Carester) akan membawa teknologi dan mengambil nadir bumi,” katanya pada sidang media di Kedutaan Perancis.
Carencotte berkata, Carester akan beroperasi di lokasi berbeza di Malaysia bergantung kepada simpanan nadir bumi dan lokasinya akan dikenal pasti oleh Malaco.
Sementara itu, Duta Perancis ke Malaysia Marc Abensour yang turut…