
PETALING JAYA: Syarikat peringkat pertengahan (MTC) tempatan yang mengambil bahagian dalam program pembangunan syarikat-syarikat pertengahan (MTCDP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mencapai pertumbuhan eksport yang ketara pada 2022.
Pengerusi Matrade, Reezal Merican Naina Merican, berkata laporan penjejakan impak MTCDP menunjukkan MTC memperoleh hasil tahunan terkumpul sebanyak RM33.90 bilion pada 2022, dengan 61% atau RM20.90 bilion dijana melalui eksport.
“Daripada pencapaian ini, MTC berstatus Bumiputera merekodkan hasil tahunan terkumpul sebanyak RM5.52 bilion, dengan hampir 10% atau RM540 juta disumbangkan oleh aktiviti eksport,” katanya dalam ucapan sempena majlis pengijazahan dan agenda MTCDP.
MTCDP diperkenalkan pada 2014 sebagai salah satu inisiatif berimpak tinggi…
